Monday, June 28, 2010

Penerangan Solat Jama'

Solat Jama'

Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
1. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
2. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
Syarat Solat Jama’

1. Solat Jama’ Taqdim
- Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
- Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
- Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
- Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
- Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2. Solat Jama’ Ta’khir
- Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
- Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

Contoh Niat

1. Jama’ Taqdim

-

- Jama’ Taqdim Empat Rakaat:
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

((Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

- Jama’ Taqdim Beserta Qasar:
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2. Jama’ Ta’khir

- Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

- Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala

p/s : petikan ini disunting dr laman web rasmi JAKIM sbg manfaat kita bersama. tQ

Monday, June 21, 2010

Penerangan solat qasar

Solat Qasar


Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.


Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya”

(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)


Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.


Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).

iii. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.

iv. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).

v. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)


p/s : petikan ini disunting dr laman web rasmi JAKIM. tQ

Wednesday, June 16, 2010

Isu Semasa yang Panas 2010

Sekarang nie ada je isu2 panas yang kita dapat baca dari akhbar2 utama yang berada di pasaran. Antara isu2 tersebut adalah :
  1. Pembuangan bayi yang makin berleluasa
  2. Pembunuhan sama ada dengan atau tanpa niat
  3. Kes rompakan dan kecurian
  4. Penceraian pasangan suami isteri (tambah2 artis kita laa kan..)
  5. Perlakuan sumbang mahram yang kian menjadi2 terutama kepada umat Islam
  6. Perlawanan bola sepak Piala Dunia :D
Bagi isu no 1 hingga 5, perkara sebegini memang telah pun termaktub di dalam kitab Allah. hanya kita sahaja yang sepatutnya mengambil berat dan sentiasa pelihara aklak, akidah dan ibadah supaya tidak terjebak kepada perkara yang sedemikian.

Untuk isu yang terakhir, rasanya semua org terkena tempias Demam bola sepak piala dunia kan. so, sambil kita menyaksikan bola, janganlah terlalai atau terleka dengan perlawanan2 yang di sajikan kepada kita tue yek...


Salam ukhwah :)

Monday, June 14, 2010

I'm Back~!

To those whose awaiting me to blog, here i come~!
Sorry to all my relative that asked me about my update. I had some rough time that disable me to blogging this couple few months..

After this onwards, I'll try to keep up to date for this blog kay...