Showing posts with label masjid al-azim. Show all posts
Showing posts with label masjid al-azim. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

Khutbah Jumaat - 13 May 2011

Tajuk Fitnah ( Dari pemahaman sendiri)
Tempat Masjid Al-Azim,Pandan Indah
Hari/Tarikh Jumaat (13/05/2011)
Khatib Ustaz Zulkifli Ahmad

Assalamualaikum semua,
Pada hari Jumaat yang lalu macam biasalah tempatku berjemaah adalah di Masjid AL-Azim. Khutbah Jumaat telah disampaikan oleh Ustaz ZUl yang mana salah seorang ustaz yang agak glamer dengan kelantangan dan terus terang beliau bagi menyampaikan dakwah Islam seadanya.

Antara isi2 dari khutbah tersebut:

1. Kematian Osama Bin Laden adalah suatu fitnah dari Yahudi dan sekutunya U.S
  • US tak dapat buktikan bahawa Osama Laden telah mati dibunuh mereka dan perkara ini masih menjadi sesuatu yg diragui oleh masyarakat dunia. Tujuan sebenar penyebaran kematian Osama adalah untuk meningkatkan nilai Dollar yang kini telah rapuh/jatuh. Selain daripada itu US juga merancang utk memasuki negara Pakistan utk mendapatkan hasil dari negara tersebut.
2. Fitnah Al-Waled B. Utbah di zaman Rasulullah s.a.w.
  • Al-Waled merupakan seorang dari keluarga yang pernah menentang Rasullullah dengan habis-habisan. Namun Islam telah Berjaya menarik sebagai agama barunya.Nabi raikan kedatangan Al-waled dengan meriah seperti sahabat lainnya. SUatu ketika, Al-Waled ditugaskan utk mengutip zakat dari Bani Mustarik. Jadi Al-Waled telah Rasulullah utuskan ke sana utk menerima pembayaran zakat. Setibanya AL-Waled di tempat Bani Mustarik, dia terkejut apabila orang-orang dari bani tersebut membawa pedang yang mana perkara ini telah disalahfahami oleh Al-Waled. Beliau pulang ke pangkuan Rasulullah dan menceritakan hal tersebut. Bani Mustarik mahu membunuhnya dan enggan membayar zakat. Rasulullah yang bijak tidak menghukum Bani Mustarik dengan melulu. Baginda mengutus sahabat baginda Khalid utk siasat dahulu. Rupanya setelah disiasat, Bani Mustarik merai kedatangan utusan Rasulullah memang dgn membawa pedang kerana itu adalah tradisi mereka menyambut utusan. Dengan itu maka sedarlah apa yang telah di sampaikan oleh Al-Waled adalah fitnah se mata.
3. Penubuhan kerajaan Kristian di Malaysia
  • Akhir2 ini Negara digemparkan dengan isu penubuhan Negara Kristian. Ini hanyalah propaganda dan tipu helah dari internet. Bila ditanya siapa dan dari mana datangnya hal ini, maka jawapannya dari internet sumber berita tersebut. Setelah diselidiki, maka terbongkarlah itu hanyalah fitnah dari sebuah laman blog yg bernama – marahku
Kesimpulan dari saya:

Kita telah di ajar dengan ilmu agama sedikit sebanyak di bangku sekolah hinggalah dewasa tanpa putus ilmunya. Maka, hindarilah fitnah kerana ianya sangat besar dosa sehinggakan jauh lebih berat dari membunuh. Fitnah ini akan menjadi penganiayaan kepada pihak lain yang bakal mendatangkan mudarat.

credit:
1. Ucapan khutbah dari Ustaz Zul
2. Gambar dari FB Masjid al-Azim

Monday, August 31, 2009

Isu semasa di bulan Ramadhan

Terpanggil saya untuk menulis di blog yang tidak seberapa ini berkenaan isu semasa di kalangan kita semestinya pada bulan Ramadhan Al-Mubarak. Malam semalam, Masjid Al-Azim (pandan Indah) telah merasmikan perlancaran Ops Masih Ada Yang Sayang pada jam 11 malam selepas solat sunat terawikh dan juga witir. Hasilnya adalah seperti berikut :

"KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 200 orang termasuk 60 remaja wanita ditahan di sekitar Lembah Klang kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral dalam "Ops Masih Ada Yang Sayang" yang dijalankan sempena ambang kemerdekaan negara ke-52, awal pagi Isnin.

Operasi selama lima jam bermula kira-kira 1 pagi itu melibatkan beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (Perkid) Selangor dan turut disertai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan pegawai-pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang".

"Kita amat prihatin masalah sosial di kalangan masyarakat yang semakin meningkat, sebab itu operasi ini diadakan agar mereka disedarkan ke jalan hidup berlandaskan agama Islam terutama cara menyambut sesuatu perayaan (kemerdekaan negara) bukan untuk keseronokan semata-mata dan tanpa matlamat hidup," katanya kepada Bernama di Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang di sini, Isnin" - di petik dari Bernama.

Bacaan lanjut boleh dilayari di sini :
Keratan Akhbar