Saturday, August 14, 2010

Wanita-wanita yang sangat di kasihi Rasulullah S.A.W.

Senarai di bawah merupakan nama-nama wanita yang paling dikasihi dan disayangai oleh Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mereka terdiri daripada isteri-isteri baginda iaitu:

1. Khadijah RA.
Nama penuhnya ialah Khadijah binti Khuwailid bin As’ad bin Abd Al Uzza’. Ia dilahirkan di Makkah tahun 68 sebelum hijrah. Ia adalah wanita yang berjaya dalam perniagaan, seorang saudagar wanita terhormat dan kaya raya. Pada masa jahiliyah ia dipanggil Ath Thaharoh (wanita suci) kerana dia sentiasa menjaga kehormatan dan kesucian dirinya. Orang-orang Quraisy menyebutnya sebagai pemimpin wanita Quraisy.

Rasulullah bersabda tentang Khadijah, “Allah tidak menggantikan untukku wanita yang lebih baik darinya. la beriman kepadaku di saat orang lain ingkar kepadaku, ia mempercayaiku di saat orang lain mendustakanku, ia menolongku dengan hartanya di saat orang lain tidak ada yang menolongku, dan Allah telah mengurniakan kepadaku putera (dari hasil perkawinan dengan) nya sedang wanita-wanita lain tidak.”

2. Saudah binti Zam’ah
Nama penuhnya Saudah binti Zam’ah bin Qais. Ia masuk Islam bersama suaminya, Sakran bin Amr, di masa awal dakwah Islam. la ikut berhijrah ke Habsyah (Ethopia). Suaminya meninggal di Mekah setelah ia pulang dari Habsyah bersama kaum muslimin. Ia bertubuh tinggi lampai dan kurus. la terkenal suka berkelakar dan suka berderma.

Beliau merawikan 5 hadis dari Nabi. Di antaranya, ia berkata, “Ada seorang laki-laki yang datang menemui Nabi lalu berkata, “Ayahku telah lanjut usia dan ia sudah tidak mampu menunaikan haji.” Nabi bersabda, “Bukankah seandainya ayahmu punya hutang, lalu kamu melunasinya, dan itu akan diterima? ” “Ya”, jawab laki-laki itu. “Allah Maha Pengasih, maka tunaikanlah haji atas nama ayahmu!” kata Nabi.Saudah RA adalah wanita pertama yang dinikahi Rasulullah setelah Khadijah RA meninggal. Ia menjadi satu-satunya isteri Nabi saw selama tiga tahun sebelum nabi menikah dengan Aisyah RA.

3. Aisyah binti Abu Bakar
Nama penuhnya Aisyah binti Abi Bakar bin Osman, biasa dipanggil Ummu Abdillah, dan digelar Ash-Shiddiqah (wanita yang membenarkan). la juga masyhur dengan panggilan ummul mukminin, dan Al-Humaira’, karena warna kulitnya sangat putih.la dilahirkan tahun ke-4 atau ke-5 setelah kenabian Nabi Muhammad SAW.Semasa Rasulullah menikahi Aisyah, beliau memberinya mahar sebesar 400 dirham

4. Hafshah binti Umar bin Khatthab
Nama lengkapnya Hafshah binti Umar bin Khatab. Lahir di Mekkah tahun 18 sebelum hijrah. Rasulullah melamar Hafshah kepada ayahnya Umar bin Khathab, lalu Baginda menikahinya pada tahun 3 H.la merawikan 60 hadis dari Nabi, 10 di antaranya terdapat dalam kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al- Mubarak - رمضان المبارك

Firman Allah Taala:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.
"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa".- Ayat 183, Surah Al-Baqarah.

Firman-Nya lagi:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ..

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur`an, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu .. "- Ayat 185, Surah Al-Baqarah


Keistimewaan Puasa Di Bulan Ramadhan

Antara kelebihan Ramadhan yang tidak ada pada bulan-bulan lain ialah malam Lailatul Qadar. Malam ini amat penting dan ditunggu-tunggu kerana ketika ini setiap amalan dan doa dimakbulkan dan ibadat sepanjang malam mendapat ganjaran pahala seperti beramal 1000 bulan (83 tahun tiga bulan).

Walau bagaimanapun, tarikh sebenar malam Lailatul Qadar tidak diketahui. Pendapat yang paling masyhur ialah pada 10 Ramadhan terakhir. Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw sendiri menghabiskan 10 hari terakhir Ramadhan dengan beribadah di masjid.

Mengapa tarikh sebenar malam ini tidak diberitahu kepada manusia? Tujuannya adalah untuk mendorong kita supaya sentiasa beramal, bukan menanti hari tertentu sahaja dan sebagai pengajaran kepada kaum muslimin supaya sentiasa berusaha mengerjakan amal soleh bagi memenuhi tuntutan hidup dunia dan akhirat.

Ketibaan Ramadhan sepatutnya disambut dengan penuh keinsafan dan ada persiapan minda untuk mengabdikan diri kepada Ilahi bagi merebut ganjaran pahala. Malah mereka yang mengerti kelebihan bulan ini mengharapkan ianya berlaku sepanjang tahun. Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda maksudnya: “Apabila datang Rasulullah dibukakan pintu syurga, ditutup pintu neraka dan diikat syaitan”.

Hadith di atas merupakan satu dorongan kepada kaum muslimin supaya berusaha melakukan amal soleh dan berlumba-lumba membuat kebajikan semata-mata mencari keredhaan Allah. Oleh itu dapat menghindari perbuatan-perbuatan yang dirangsang oleh syaitan.

Petikan ini di sunting dari : Mastika Hadith serta Bahagian Penerbitan JAKIM sebagai ilmu dan pembacaan kita bersama. :)