Wednesday, February 27, 2008

23 Februari 2008 - DI ADELAIDE


dalam Kapal Terbang MAS
Pada jam 7.40 waktu adelaide kami tiba di lapangan terbang Adelaide. sebelum dapat kuar dari airport tu kami dikehendaki melalui beberapa pemeriksaan dari kastam Australia. pemeriksaan pertama adalah menggunakan anjing penghidu..Alhamdulillah semuanya lepas..kemudian kami di teliti oleh wakil custom Australia yang memeriksa "yellow card" tentang butiran pengunjung di sini... yang slacknya waktu pemeriksaan luggage tue..mak ai kiter beli beg tue mahal2 skali dier x dapat bukak lak lock dier. Ape lagi, kastam sini pecahkan laa beg kesayangan saya tue muahahaha...ape bleh buat.. die nak check barang makan ape yang saya bawak. selepas dier tau jer kami pun di lepaskan. kami di jemput Aie di lapangan terbang tersebut dan dibawa kerumah diorang yang jaraknya hanya 30 Minit dari airport ( agaknya laa). sesampainya kat rumah diorang nie kami berjumpa ngan beberapa lagi junior yang baru sampai...haha saje jer nak berkenalan. after that tanpa rehat kami di bawa ke North Adelaide kalau x silap iaitu pertamanya di Goolwa.

ni waktu di Goolwa beb
- sebuah tempat yang mempunyai pantai yang menarik pandangan.kat cnie kami cari lala utk dipanggang...dapat suku besen jugak laa haha. dapat tangkap lala 5 ekor tau...hebat x?
** Selepas selesai mengutip lala dan ada yang sempat mandi kat c2 kira2 jam 2.00pm waktu adelaide, kami bergerak ke Victor Harbour.

ke dua-2 pic nie kat Victor Harbour, picnic time
kat cnie kami sumer berpicnic sakan..abang2 senior buat barbecue.ader sosej, ayam dan jugak lala yang di tangkap di Goolwa tadi tue. maka setelah selesai jer memanggang kami menjamahlah makanan tersebut hehhee..sedap siottt. abis jer aktiviti kat VH tue kami g plak kat Granite Island yang mana pulau yang kerap dikunjungi oleh penguin. tetapi disebabkan cuaca pada ewaktu kami melawat agak panas, penguin x kuar...rugi siot hahahah. kami dibawa pusing keliling island tue oleh senior2 kami..

Sewaktu di Granite Island

Masyaallah, punyer laaa cantik permandangan dier cik oiii Tuhan ajer yang tau.kira2 30-40 minit kami pusing pulau tue barulah cukup 1 pusingan lengkap hahaha. akhirnya berjaya jugak kami menjelajah GI beramai2..tanpa membuang masa kami bertolak pulang ke Adelaide kat Broadview. sebelum tiba di Broadview iaitu rumah sementara kami, senior bawak kami g solat jemaah di Meredith Mosque yang mana salah satu masjid yang ader kat Adelaide nie...barulah kami pulang ke rumah..waktu kami pergi visit nie disediakan kemudahan kereta sebanyak 5 bijik. 2 kereta sewa 3 milik senior. dah sampai rumah kami masing2 rehat maklum jer laaa baby ngan yan kan baru sampai airport dah g trip tue..letih nak mampos rrr.huhu...Ape lagi, peluang dah ader kami tido puas2 sampai subuh keesokan harinya pada jam 5.00 am..
Nie lah sign board Granite Island tue hehehe

2 comments:

Anonymous said...

wua wua... bestnya ko rasyid kat sana... fuh.. klu leh ko besorkn sikit gambor2 ko.. al maklumlh aku ni rabun agak tak berapa nmpak lh.. hehehe...

Anonymous said...

tak de kew gambo dalam kelas ker.. gambar kat kampus kew...