Terpanggil saya untuk menulis di blog yang tidak seberapa ini berkenaan isu semasa di kalangan kita semestinya pada bulan Ramadhan Al-Mubarak. Malam semalam, Masjid Al-Azim (pandan Indah) telah merasmikan perlancaran Ops Masih Ada Yang Sayang pada jam 11 malam selepas solat sunat terawikh dan juga witir. Hasilnya adalah seperti berikut :
"KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 200 orang termasuk 60 remaja wanita ditahan di sekitar Lembah Klang kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral dalam "Ops Masih Ada Yang Sayang" yang dijalankan sempena ambang kemerdekaan negara ke-52, awal pagi Isnin.
Operasi selama lima jam bermula kira-kira 1 pagi itu melibatkan beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (Perkid) Selangor dan turut disertai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan pegawai-pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang".
"Kita amat prihatin masalah sosial di kalangan masyarakat yang semakin meningkat, sebab itu operasi ini diadakan agar mereka disedarkan ke jalan hidup berlandaskan agama Islam terutama cara menyambut sesuatu perayaan (kemerdekaan negara) bukan untuk keseronokan semata-mata dan tanpa matlamat hidup," katanya kepada Bernama di Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang di sini, Isnin" - di petik dari Bernama.
Bacaan lanjut boleh dilayari di sini :
Keratan Akhbar
No comments:
Post a Comment